Sunday 16 December 2012

Love and appreciate our love ones

My friend once told me that "kawen ni try & error je sebenarnya"..erk? Apa maksud die? Kahwin try & error?? Giler ke? Kalau fail, pisah? Camtu je? Huk aloh x paham gue. Da kawen masih nak cuba² lagi ke? Mana boleh berpatah balik, dah kene ikat. Kalau fail, that's it la, camtu? Marriage is a journey. Umpama pelayaran kapal besar Titanic yang mengelilingi dunia merentasi lautan yang berombak dan penuh badai. Captain kapal/nakhoda mestila suami, isteri ni ibarat ape ye? Co-pilot la, kelasi kapal plak anak². So, tugas nakhoda adalah memastikan keselamatan kapal dan anak² kapal agar mereka semua selamat tiba di destinasi yang dituju walau apa jua dugaan dan rintangan yang mereka tempuhi di tengah lautan. Tak kira la lanun ke, ombak besar ke, taufan ke, angin lintang ke, jerung ke, even iceberg sekalipun, nakhoda harus cekap memainkan peranan. Bukan senang nak kendalikan kapal mewah seperti Titanic tu, walaupun cukup canggih serba serbi tetapi kuasa Allah, tak siapa boleh sangkal. Tetapi sebagai manusia, memang tak terlepas dari ujian dan dugaan cuma bagaimana bijaknya seseorang untuk mengatasi dan harus merujuk Allah yang satu memohon pertolongan. Allah tidak akan menduga hambanya jika dia tidak mampu, Allah menguji sesuai dengan kemampuan diri masing². 

There is saying that "kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai". Ada orang sampai tak nak kawen sebab takut bercerai-berai. Tapi, perkahwinan lah sangat dituntut dalam islam dan banyak pintu rezeki akan terbuka bila berkahwin selain menjamin kelangsungan ummah di muka bumi ni. Tidak bau syurga kan kalau x berkahwin? Eh, yeke? Suka hati aku je, tapi rugi besar kalau tak berkahwin kerana banyak hikmah dalam sesebuah perkahwinan yang Allah telah janjikan pada kita. Jadi, berkahwinlah. Untuk menyintai dan dicintai, secara halal maka perkahwinanlah jalan terbaik untuk mengelakkan zina. Matlamat perkahwinan bukan untuk bercerai-berai, jika perkahwinan tanpa matlamat yang jelas maka inilah yang terjadi. Kawen sehari dua, bercerai. Masalah tak pernah kurang malah makin bertambah. Restu keluarga juga penting untuk menjamin keharmonian kelak. Ingatlah, perkara halal yang Allah paling benci adalah talak! 
Manusia sekarang, masa bercinta hanya nak tunjuk yang baik² dan indah belaka. Bila da kawen, baru keluar tru color, so inilah silapnya. Bagi yang bercinta bertahun lamanya, tapi kawen hanya seminggu dan bercerai, apa silapnya? Tak bermakna bercinta bertahun kita sudah faham dan masak perangai pasangan sepenuhnya. itu semua dusta belaka kerana kita tidak menjadi diri sendiri ketika kita bercinta dan kita hanya memberi omong kosong. Kerana akar 'tipu' telah dibina dari awal percintaan dan bertahun lamanya, maka kawen bertahan seminggu kerana belang sebenar sudah keluar. Lebih elok jika ketika bercinta dan berkawan kita tunjukkan saja perangai sebenar siapa kita supaya pasangan mengenali kita, dan kalau pada masa tu rasa x serasi, kita boleh tinggalkan dia. Kalu tipu, memang semua orang nak la kan, cantik belaka perangai. In fact, kata nak dia kenal kita, kenapa mesti jadi orang lain untuk pancing si dia supaya terpikat dengan kita? Kan ke berpura-pura. Biar dia tahu siapa kita sebenar, perangai buruk dan baik kita tunjukkan je semua. Kerana masa berkawan ni la kita menilai pasangan samada boleh teruskan hubungan atau tidak. Kerana telah berkahwin pun kita harus lebih mengenali pasangan sebab apa yang ditunjukkan masa dulu tidak akan sama sebab kita tidak berkongsi hidup dengan dia lagi. At least bila berkawan jadi diri sebenar, kita sudah punya base yang kukuh sebagai bekal bila berkahwin, so tak lah terkejut sangat bila kawen nti. 

Gosh, merepek ape ni oi?? Setiap hari adalah proses belajar bagi kita semua. Da kawen pun, aku kne belajar lagi sesuaikan diri sebagai isteri orang, menantu, dsb. tapi, takkan dah bertahun kawen pun msh nak belajar kot? permulaan perkahwinan ye, belajar jadi isteri, belajar jadi ibu, belajar mengenali suami dan belajar perbaiki diri. Actually, tiap² hari kita kene ada azam pendek iaitu untuk perbaiki diri dan belajar benda baru dan beri impak posotif pada orang sekeliling. So, my learning process will never stop. Masih belajar apa kesukaan suami walaupun dia orang yang sangat tidak kesah dalam segala hal (credit di situ =>)
Pe'el/perangai dia dah mula faham sket² tapi what i can say is, pelik! Kadang² macam tak boleh terima tapi itulah die, nak marah pun, dia dah biasa buat macam tu agaknye, so...biarlah dan layan kan je. Harus sentiasa ingatkan diri yang kita tak boleh suruh orang ikut cara kita, tapi kalau cara kita tu lbh effective, menyenangkan, mudah untuk semua apa salahnye kan kita suruh die buat cara kita tu, die jugak senang. 

To be honest, tak rasa macam dah jadi isteri orang la. macam mimpi je semua ni, tak percaya sungguh tapi ni la hakikat and so far rasanya dah jalankan tanggungjawab isteri kot,heee. Masak dah, basuh baju, bla bla bla...tapi tu sbenarnye tanggungjawab bersama, haha. Lagi best and rasa diri ni isteri bila da pindah duduk berdua di rumah sendiri kot, nak rasa berdikari dengan suami. Baru la feel newly weds, ni tak rasa pun (ke alasan semata?) Sabar, rezeki belum memihak. Harap 2013 dan tahun hijrah 1434 baru ni, beri peluang untuk kami suami isteri perbaiki diri dan memajukan diri untuk masa depan keluarga yang baru dibina. Harap rezeki terbuka luas buat kami, harap apa yang diimpi dan dihajati tercapai dan harap 2013/1434H beri lembaran baru kepada kehidupan kami suami isteri. Mahu mulakan hidup baru dengan suami yang baru dikahwini, aman damai dan penuh kasih sayang, menjadi isteri solehah lagi terpuji dan isteri yang membanggakan suaminya dan ibu yang loving kepada anak² kelak, insyaallah =) 

Last but not least, hayatilah wahai suamiku, bait² lagu dari Anuar Zain, ajari aku...(tajuk kali ni mcm tak kene dgn entry je). Love u, muahx!

Ajari aku tuk bisa
Menjadi yang engkau cinta
Agar ku bisa memiliki rasa
Yang luar biasa untukku dan untukmu
Ku harap engkau mengerti

Akan semua yang ku pinta
Karna kau cahaya hidupku malamku
Tuk terangi jalan ku yang berliku
Hanya engkau yang bisa
Hanya engkau yang tahu
Hanya engkau yang mengerti
Semua inginku
Mungkinkah semua akan terjadi pada diriku
Hanya engkau yang bisa mencintaiku

Hanya engkau yang bisa
Hanya engkau yang tahu
Hanya engkau yang mengerti
Semua inginku



Monday 10 December 2012

Perangai buruks Mios: #2

The other day, da revealed perangai buruk si husband kan? Now ada lagi pertambahan dan pertambahan perangai buruk ni dijangka meningkat selari dengan peningkatan usianya, hahahaha...Tidak dapat dipastikan lagi apakah perkara yang mendorong sang suami berkelakuan sedemikian. Mungkinkah beliau:


  1. boring kerana tiada perkara yang boleh dilakukan / kerana tidak dilayan isteri
  2. terlalu gembira 
  3. ingin mencuba sesuatu yang baru tetapi pelik
  4. ingin mencabar kebolehan diri sendiri 
  5. ingin melepaskan tekanan
  6. berusaha untuk menjadi pelawak 


Ok, yang ni x la buruk sangat kan, biasa je. Tiba² amek spec i, pakai sambil menggosok. Di malam hari ok, walaupun pasang lampu tapi ape ke jadah pkai sunglasses time menggosok? Hahahaha...ape punya pe'el la sang suami ni kan? 


Ha, ni lagi satu. Hari tu pkai boxer batman, ni batman lagi. Maknanya si mios ni xde boxer lain selain batman, hahahahah. Takpe, lepas ni i bawak die shopping boxer spiderman, kluangman, ultraman, cool! Pakai sluar cmni, katanya baggie cam hip hop tu pkai sluar londeh. Pasr=tu lari keliling bilik dalam keadaan demikian. Nasib baik tgh bercuti ber2, kalau ada orang lain, huh malu je. Ape la nak jadi ngan sang suami ni? Hahahahaha....peace >.<


Friday 7 December 2012

Perangai buruks si Mios

Since i know this guy (now my husband), banyak jugaklah perangai² sumbang a.k.a buruk yang dia dah tunjukkan. Sorry tak boleh nak recall dah sebab banyak sangat, hahaha :D Kadang² tu macam kebudak-budakan giler. Tapi kesian kat dia sebab banyak yang die buat perangai buruk tu, i tak gelak pun. Dia macam nak melawak but for me tak lawak, hahaha kesian. Tapi ada jugak lah yang lawaknye, kadang² macam tak boleh nak percaya dek akal yang mios betol² buat macam tu? Giler pe? Umur da 30 tapi buat keje cam budak², hadoi! Betol la apa dia cakap, dalam family, die sorang je yang kepoh and suka menyakat adik². Kadang² tengok adik² die macam terpaksa melayan abang yang bengongs, hahaha...baik kat rumah, dalam kereta, memang die suka buat lawak bodoh and suka merepek yang ntah pape. Tapi abah dia pun suka melayan jugak, aigooo~~~ Nasib baiklah muka tu awet muda macam budak 13 tahun (kembang lettew) so kalau kat luar die buat perangai sumbang tu orang pun tak heran sangat kot sebab ingatkan die budak² lagi, hahahaha. Dah bertahun, baru sekarang dapat capture pic untuk tatapan anak² (hehe). let's cekidout...!



Apakah style pakaian ini? aigoo~~~


Cer teka? rambut i ke, mios?


Bahaha...ni die kata style abu bakar ellah. Hmmm,ape² lah sayang. 


Wednesday 24 October 2012

Cemfembufurufu

Ye, saya sangat jeles dan memang suke menjeleskan diri dan orang lain pun memang suka bagi saya jeles. Jeles sangat² ni, nak macam mereka² jugak tapi apakan daya saya tak dapat. So saya jeles tahap dewa ni, jeles teramat!

Sabar Farina, belum masa kau lagi okay. Sabar selagi mana boleh sabar...s.a.b.a.r

Monday 22 October 2012

Untuk renungan bersama


DERHAKA CARA HALUS

Berkahwin bukan sekadar mendirikan rumahtangga bagi menghindar maksiat. Berkahwinlah bila anda benar2 bersedia.
BENAR-BENAR BERSEDIA.

Sedar atau tidak apabila berkahwin dan berkeluarga, ada penderhakaan gaya halus anda lakukan. Bukan kepada pasangan, maklumlah baru kahwin, masih hangat bahang cinta. Tetapi kepada ibubapa. Yang cakap lancang, kita nampak tutur katanya seolah2 derhaka kepada ibubapa. Tapi penderhakaan gaya halus? Ini yg kita perlu kupas...

1) Sudah berkahwin tapi masih tinggal di rumah ibubapa. Kononnya tak cukup budget nak sewa rumah sendiri. Takpe, tak salah. Tapi boleh pulak beli kereta baru, bayar bulan² RM700-800? Menumpang di rumah mak bapak tak boleh pulak hulur? Bukan kata 700, 200 pun susah nak bagi. Kalau tak dapat nak beli rumah, tak cukup budget sewa rumah besar, sewalah apartment. Jangan jadikan alasan utk menumpang, sdgkn duit gaji hanya untuk penuhi kehendak sendiri. Tak berkat!

2) dah beranak pula, baby mak jaga. anak nak pegi sekolah pun mak siapkan. bukan je anak2, si pasangan tu pun apa kurangnya, makan pagi, tengahari, malam semua mak yg siapkan. Balik kerja takde makanan atas meja, atau makanan tak sedap mulalah melenting tak tentu hala. Apa kau ingat mak kau bibik??? Org tua tu dah penat cari kerja dari kau lahir sampai umur dia 55 tahun. Tak kesian ke? Mak dah umur 55tahun masa untuk dia berehat...bukan basuh berak anak kamu.

3) sebulan sekali bawalah mak bapak shopping/makan², apa salahnya. Takpun belikan hadiah. Mereka tak minta semua tu. Tapi sebagai anak, kita beri sbg tanda ingatan ikhlas mereka jaga kita selama ni. Igt senang ke? Tahukah anda, belanja purata menyara hidup seorang anak bagi keluarga berpendapatan sederhana adalah 20 RIBU RINGGIT setahun! Ye, 20thousands a year per child. So, sehingga anda dpt kerja umur 25tahun, bygkanlah purata belanja ke atas anda seorang sahaja adalah 500ribu. Ye.. SETENGAH JUTA! Itu seorang anak, bayangkan kalau anak ramai. Tak percaya? Kiralah dari sekecil2 minta duit kat mak nak beli gula2, duit belanja pegi sekolah seringgit dua sehari, nak baju raya, nak baju jalan, makan minum, duit bila demam sakit,duit pelajaran, semua lah! Sampai umur anda dpt pekerjaan. Jadi, bila dah kerja ini masanya kita balas jasa!

4) apapun yang duduk sendiri pula, tak terkecuali derhaka secara halus. syok sgt bercinta dgn husband sampai lupa telefon dan jenguk mak ayah. Jangan ye. Jangan derhaka.

Jadikan ini sebagai renungan:--
Balas jasa ibubapa, gembirakan hati mereka sementara mereka masih ada. Jangan biar mereka menangis berduka. Biarlah orang tua kita berehat setelah 50tahun hidup mereka mengabdi diri hanya untuk menyara kita dan lihat kita berjaya. Mereka tak minta dibalas jasa, tapi sebagai anak kita harus ingat mereka yang melahirkan, membesarkan dan berbelanja untuk kita hidup selama ini. Jangan tunggu sehingga mereka sakit. Bila mereka sudah tiada, kelak kita akan menyesal sendiri,tak sempat balas jasa ibubapa.
Renungkanlah...


Sumber: blog

Wednesday 22 August 2012

Wish to be like them


Blake Lively

Blake Lively: Time 100 Gala! 

Jessica Biel

Biggest Celebrity Bootilicious Butts In Hollywood - Jessica Biel - well someone has to be last. The least gravity defying butt around Jessica Biel just makes the cut.

Megan Fox
   megan fox golden globes red carpet 2011 04

Katherine Heigl

  katherine-heigl-2.jpg

Just love them - great body, sexy figure, cute butt, sexy lips, beautiful hazel eyes, very tall, long legs, lookin gorgeous as always. Urgh wanna be like them.


Friday 17 August 2012

Studio apartment interior design


white bedroom design small apartment   beautiful interior decorating small apartment

small kitchen decorating swedish apartment  small apartment with minimalist dining room

*******************************************

  

  

*******************************************

Swedish Good Apartment Interior Design 02  Swedish Good Apartment Living room Design 04

Swedish Good Apartment Interior Bedroom Design  Swedish Good Apartment Interior Kitchen Design

Swedish Good Apartment Interior Bathroom Design

*******************************************

Normally, its like this