Sunday 22 July 2012

Jovian Mandagie: RTW Aviraya 2012


Awww,something that we girls couldn't resist! Missed my Once Upon Raya by Old Blossom Box. But this, hope still available at Zalora coz at the First Lady boutique at jalan TAR already sold out on their first launching yesterday, isk isk 
T___________T








Wednesday 4 July 2012

Tips jemputan perkahwinan

I just bumped into this b2b blog this morning and i'm inspired by her latest entry regarding "Jemputan Tetamu Majlis". It's a really² helpful tips for me since right now im having problem on distributing wedding invitation to all my guests. I think the tips that she gave on her blog can be use to all b2b out there who having the same problem as me. As i read throughout the entry, i think i know what to do now. I think i can plan and deduct some names on the list, so i can have more invitation for my closest friends, aite? (",)

Let's read the tips from her

Membahagikan Jemputan tetamu
Anda dan pasangan perlu meneliti jemputan tetamu yang bakal hadir di majlis perkahwinan. Jemputan ini sangat penting dalam penilaian bajet yang bakal anda keluarkan untuk majlis yang gilang gemilang itu.

Perkara ini pasti sinonim dalam majlis perkahwinan yang akan diadakan lebih-lebih lagi bagi perkahwinan pertama dalam keluarga yang pastinya kita mahu menjemput SEMUA orang yang kita kenal hadir memeriahkan majlis:
+ Anda mahu menjemput kesemua ahli keluarga,sudara mara dan sepupu sepapat
+ Anda mahu menjemput kesemua rakan dan sahabat handai (sekolah rendah,sekolah  menengah,asrama,kolej,universiti,etc...)
+ Anda mahu menjemput semua jiran tetangga (40 kiri,40 kanan,40 depan,40 belakang)
+ Anda mahu menjemput semua rakan sepejabat
+ Anda mahu juga menjemput sesiapa sahaja yang ingin datang meraikan majlis anda (rakan fb,blog,twitter,myspace,etc...)

Di sini, perkara terpenting perlu difikirkan adalah ‘Cukupkah bajet anda dengan jumlah jemputan yang ramai itu?’ Sekiranya bajet anda rendah, fikirkan langkah terbaik untuk jemputan tetamu agar tiada siapa akan rasa tersinggung dan berkecil hati sekiranya anda tidak menjemput mereka.




Berikut adalah tip menjemput tetamu:

 Pembahagian kategori – bahagian jemputan kepada tiga bahagian iaitu ‘keluarga anda, keluarga pasangan, teman anda dan pasangan.’

Tip – jemputlah keluarga yang terdekat dengan anda sahaja sekiranya bajet rendah. Anda perlu berfikiran positif di mana keluarga yang jauh tidak rapat akan memahami situasi anda. Pasti mereka akan mengirim pesanan ringkas, ‘Tahniah’  dan mendoakan kebahagian anda dan pasangan.

Teman yang rapat sahaja – jemputlah teman rapat anda dan pasangan sahaja. Sekiranya anda tidak menjemput teman yang sudah lama tidak berhbungan, ianya tidak menjadi isu dan dia tidak aka kecil hati.

Tip – teman yang rapat sudah tentu akan dating ke majlismu dan memeriahkan majlis bersama. Mereka akan membantu untuk menjadi pengapit atau berbual bersama setelah majlis tamat. Ini akan menjadikan harimu lebih bermakna dan ceria bersama mereka dan pasangan tersayang.

Rakan sekerja – tidak perlu menjemput rakan tempat anda bekerja melainkan mereka benar-benar rapat dengan anda.

Tip – tiada persoalan atau pertanyaan yang akan dikeluarkan sekiranya anda tidak menjemput mereka. Kebiasaannya hanya kata-kata ucapan tahniah diberikan kepada anda. Mereka tidaklah terlalu beria untuk pergi ke majlismu melainkan anda benar-benar rapat dengan mereka.