Thursday 24 January 2013

My dream about home decor

I've been searching for home decor for quite some time but didn't update in here. Now i feel like want to do so. Basically, i've been searching a decoration for an apartment since after married we might need to stay in a small apartment before we're both get to have/buy our own house. Since this is for an apartment plus hanya duduk rumah sewa, so everything need to be in a small size. Tak boleh beli perabot bulky coz it might looks cramp for a small space. Rumah kecik, sempit, so barang² haruslah yang kecil² dan chomel². Ala² rumah korea and jepun gittew. Ok let's start with a bedroom decoration. I divide it into several categories:


   

Ok, yang kat atas ni dari segi material katil. Kalau ikutkan hati ni, memang sangat suka trend terkini yang kepala katil ade batu² tu (mcm kt rumah iolls), nampak moden and mewah and i suka something yang bling², yang glitter² sbb ade pembalikan cahaya so sangat nampak mewah and cantik di situ. Tapi since baru kawen and duit pun yang hado, plus duduk rumah sewa kecik so xyah la verrrangan nak katil besau camtu deknon. Contoh mcm kt atas ni pun dah okay dah. The above one is eco-friendly bed sbb macam wooden sket kan katil and side table tu, iolls suka! Tengok comforter and bantal², sangat comfy la, mesti tido nyenyak giler, hewhew...The below side is made from metal, i guess. It's a modern minimalistic with cool design. Simple je kan tapi meletop uolls, sangat kemas! Tapi katil jenis ni mcm sesuai tuk org bujang esp boys sbb metal kan and design pun sangat straight. Tapi boleh je for newlyweds, yang penting tilam empuk ye, tak vono goodnyte pun okay, hahaha :)

   

Yang ni plak jatuh pada kategori warna. Pemilihan warna sangat penting untuk menampakkan isi ruang yang kecil tu tampak luas + lighting juga penting ye kawan². I think about a white mattress macam kebanyakan bilik tidur org putih tu, nampak sangat lembut and best je tilam² dorg tu kan. So cadar putih as a base and selimut,cusion and sarung bantal kene guna warna lain. Mcm contoh gambar kat atas ni, cantik sangat. Very cheerful and colorful. Barulah bagi mood sket dalam bilik tidur tu. Plus, kalau guna base color bilik putih, senang nak match. Warna cadar and aksesori boleh tukar². Contoh, bulan ni warna cadar and cusion tema biru, next month tukar la cadar warna hijau plak. Ha, barulah tak bosan. Bilik tidur kan tempat kita beradu dan memadu asmara, so kenalah kemas,wangi,bersih dan cantik!

Green Apartment Bedroom Decorating Ideas for the Apartment Bedroom   Glamour Apartment Bedroom Design Decorating Ideas for the Apartment Bedroom

Simple adalah kunci utama untuk menatarias ruang aprtment yang kecil. So, decor bilik macam ni sangat sesuai selain kemas dan tidak banyak gunakan perabot. Warna pun sweet je, tenang. Yang penting tengok gambar atas tu, gebu giler tilam, kalau loncat pun tak lantun balik, bestnye tidooooo. Again, bedsheet putih uolls, mmmph...Yang belah bawah plak nampak mewah sket tapi tidak keterlaluan coz dia dah guna rich walpaper, so katil and side table simple je and very matching, dah nampak mewah da bilik tu. I like!

bedroom apartment decorating ideas modern home decoration ideas 554x415 Apartment Bedroom Decorating Ideas

Last but not least, decor bilik macam ni sangat menjimatkan ruang dan ternyata bijak menggunkan sepenuhnya ruang bilik yang ada. Macam bilik my parent, buat build in kabinet macam ni sbb bilik kecik,panjang and rendah. Tapi since ini untuk stay kt rumah sewa, so xyah la kot buat style ni. Kalau tumah sindri nanti, baru boleh apply. Tapi yang penting kemas ye kawan², biar ruang kecik janji cantik and kemas. Tengok gambar atas ni, rasa macam nak lepak kat bilik tak nak keluar², teratur je. What important for me is the closet/wardrobe. It has to be huge,large and spacious because i have a lot of stuffs to be put in! No seriously, almari memang kena besar and tinggi and luas. Selain simpan baju² sendiri, almari pun tempat sumbat cadar,langsir,towel,lapik² meja,sarung cusion,selimut and benda² yang tebal² tu la. So almari kenalah besar, katil kalau cukup² 2 orang or normal size tu pun dah ok. Tapi uolls perasan x? Most of the katil position dalam gambar² kat atas ni berada di tengah²,kan kan kan? Kebanyakan posisi katil di malaysia adalah rapat ke dinding samada tepi tingkap atau tidak tapi memang kebanyakannya rapat ke dinding. Susahla nak jumpa rumah yang dekor bilik katil di tengah². Sebab kebanyakan bilik panjang dan tak lebar so haruslah katil rapat ke dinding. Iolls tak suka katil rapat ke dinding sebab susah nak pasang cadar and nak kemas katil bila cadar komot. Tak suka sebab sempit ruang tepi kat dinding tu, tak suka betol. Kalau dapat katil center memang best!

Next part is dining plak. Kebanyakan apartment, mempunyai hall yang panjang dan ianya bersambung dengan ruang makan. Jadi sekali lagi, meja makan paling max pun belilah untuk 6 org, jangan mengada nak beli tuk 8 orang. Ramai sangat ke ahli rumah tu? Anak pun takde lagi. Jadi, mari lihat dining pilihan iolls:

  

Hah, nampak tak? Kerusi kaca ye, ingat kasut cinderella je ke berkaca, kerusi iolls pin kaca hokay! Haha, this is a transparent chair but sangat mahal harganya. Kat sini yang ada jual tak silap fella design and SSF home decor. Ikea and tempat lain tak sure. Ni pun tau dari blog b2b sebab bride tuk dok mencari kerusi transparent tuk dijadikan decor dlm bilik pengantin. See, again warnanya yang macam membalikkan cahaya, see through so memberi ruang lebih luas. Yet design simple je, sangat suka! Kalau kene pantulan cahaya, sure meghelip, oh iolls suka bling².

  White Dining Room Furniture, Modern and Simple   Chandelier - Mix-and-match dining chairs below an oversize chandelier

Ini namanya konsep mix and match. Konsep sepah² sukahatikau. Kalau orang datang rumah, sure dorang ingat iolls ni miskin x cukup duit nak bli all sets of dining table. Sebabya kerusi lain², x sama antara satu sama lain, cacamarba. Macam kerusi yang orang bagi so buat kerusi makan, heh. Tapi, inilah namanya seni. Cantik kot, lain daripada yang lain and kalau kena cara and gaya, sure orang tengok akan suka and kata unik. Sangat cute kan? barulah kena dengan tema ala² korea and japan, hahahaah.... I ada pernah tengok this one table decor for a wedding and its a vintage theme. Dorang buat macam ni jugakla. Kerusi lain² dsign, lain material and lain warna tapi sangat cantik,unik,vintage and wallah superb! Sometimes untuk nampak lain, kita kenala berani cuba sesuatu yang lain dari kebiasaan tapi bukanlah sampai jadi pelik sangat. Contoh macam kat atas ni la. Orang tengok mungkin nampak pelik sebab x seragam tapi bila 2x tengok, orang akan kata kita creative sebab dah create satu dekorasi yang unik dan lain dari yang lain. Ape² pun, haruslah kena gaya and caranya, barulah nampak cantik, x gittew? :)

  

Vintage vintage vintage! English english english! Hohoho sangat suka ini style. Vintage and english style. Tapi sebenarnya, iolls tak berapa berkenan dengan perabot kayu sebab berat tapi memang tahan lama berkurun berabad kalau beli kayu, tak rugi pun. I just dun like kayu sebab berat la. Lagi² kalau yang berukir dan berkerawang, woooo xleh belah, macam orang tua punya style. Tapi these style i like, vinatge and sexy, haha...Kalau buat girls party sure chomel, ahakz!

Simple Dining Table – Interior Apartment in Moscow by Alexey Nikolashin  

Lastly, kalau dapat yang macam ni pun da syukur sangat. Design very clean and simple yet sangat moden and stylish. Sesuai untuk ruang yang kecik.

Now we move on to next part which tempat yang iolls tak berupa suka nak pegi tapi i think i spend a lot of time in there, it's kitchen! If u ask me, I would rather renovate my room and kitchen compared to other part of my house. Or at least kalau ade duit lebih, nak renovate dapur dulu berbanding tambah porch. Sebab dapur and bilik tidur penting, kalau dapat yang luas ya Allah sangatlah heaven! Tapi kebanyakan dapur apartment memang kecik² belaka. Kadang² xde pemisah pun antara ruang dapur dan ruang utama, pastu open. Malulah nak masak oi. Iolls xleh masak la kalau orang dok tengok². Langsung x jadi kerja. In fact, dapur kena luar sebab ia salah satu tempat yang tinggi berlakunya kemalngan. Yelah, dengan barang letrik nye,peti ais,oven,dapur,pinggan mangkuk and pisau sume, haruslah punya ruang yang luas. Nak memasak katakan, nak membasuh kena la ade ruang tuk buat kerja² tu. Tapi redha je la, kebanyakan dapur kat malaysia ni sumenye kecik kemain and orang selalu akan renovate dapur. Biasanya porch and dapur, mesti nak besarkan dapur. Dapur penting walaupun iolls x pandai masak. So, let's cekidout dapur pilihan iolls, haruslah kemas okay walaupun sempit:

minimalist kitchen decor layouts   Colourful Linnstaden Apartment Kitchen Decoration listed in:

Alahai tomey tomey dapur ni. So colorful,cheerful,membangkitkan mood untuk memasak je, huhu...Tapi kan, cuba tengok betol², cara dia susun piggan mangkuk tu kat rak tinggi², macam mana nak capai oi? Iolls ni sangatlah careless and pegang ape je mesti jatuh and pecah, jatuh pecah, tu la keje dari dulu. Tak sah kalau tak jatuh barang kat tangan. Ni kan pulak nak letak barang tinggi², kaca plak tu, memang tak la. Tapi terpaksa kot buat rak macam tu sebab ruang takde and takleh nak buat kabinet banyak² untuk simpan barang, hmmm... Lagi satu yang penting kat dapur harus ada, mmm so called mini bar. Ala meja kecik tu. Tuk kerja² memotong sangatlah berguna sebab perlukan ruang/table. And lepas masak, boleh guna as a table for breakfast coz ada bench skali. Apa² pun, design kat atas ni cantik and menarik. Kalau mat salleh, mesti ada periuk tutup merah macam and pokok hiasan hijau tu kan? Nak beli jugak lah satu,heee :)

   Kitchen-Cozy-And-Simple-Apartment-Decor (2)

Ha, ini design iolls suka. Sangat moden and cozy. Simple je and memang dapur apartment pun. Tapi kecik la kan, xde ruang nak memotong,menyiang ikan sume...putih kotor la,hewhewhew...tapi design memang cantik, suka²!

2010/10/Cute,Apartment,Modern,Kitchen,Design,Ideas   

Tak dapat bayangkan kalau rumah iolls nanti dapurnya sebesar ini je? macam size toilet. Aduh camana nak masak ni? Ni takat masak air guna cerek letrik,masak maggie,rebus telor boleh la. Nak masak hebat² macam kukus ikan ke,bakar kek ke,nak masak ketam ke,mau recah dapur iolls nanti. Sempit giler kot yang gambar kiri tu, aduh. Memang halau la orang lain dari membantu di dapur, silap haribulan, berlanggar bahu. Yang kanan ni lagi la, da la open, ruang kecik, habis berbau satu rumah nanti, adoiyai!

Hmmm,ape² pun, realitinya rumah xde lagi oi. SO verrrangan je la dulu nak decor rumah sindri ye. Kumpulkan idea, simpan. Dapat rumah nanti, hiaslah camana kau nak hias deknon!

Chiao... :)



Tuesday 15 January 2013

Sabar

Bersabar lah hati walaupun rasa dah extremely tak larat sangat nak tanggung dengan semua yang menimpa2 dari bujang lagi sampai la sekarang. Tabah. Kuat. Sabar. Semuanya ujian. Allah masih sayangkan aku.

Sunday 6 January 2013

2013 - first post!

Alhamdulillah dah masuk tahun baru, tapi sambut tahun baru dengan keadaan kesihatan yang tak mengizinkan dan dah dpt pun MC untuk tahun baru, isk isk...Lately ni memang asik tak sehat je, hmm nak kata bawak budak tak pun :(

Well, many of us have made their new year resolution. Mine? Malas nak buat azam² ni sebab tak yakin boleh dilaksanakan. Tapi tiap² hari memang berazam untuk buat/jadi yang lebih baik dari semalam dan sentiasa buat/beri perkara² positif kepada orang sekeliling. That is what we call a short term resolution. Tahun lepas, perkara paling besar yang berlaku dalam hidup adalah kahwin! Ye kawen, dah selamat kawen pun, alhamulillah :) Kahwin tu pun sebenarnya azam tapi bukan azam 2012, juat azam/target yang diletakkan/disebut² masa muda² dulu. Letak target nak kawen paling ideal umur 25 and alhamdulillah tak sangka jodoh sampai umur 25, ngeeee. Kalau letak target kawen, biasanya memang akan tersasar sbb jodoh ni kerja tuhan, so xleh nak ramal bila. Tak nak guna perkataan 'azam', lebih suka guna 'target'. Dulu masa belajar, rasanya tahun 2010 kot, suka tulis diary and muka surat depan mesti letak target untuk tahun tu. Masa tu tahun terakhir belajar so letak target nak tamatkan study and tak nak extend, pastu leh konvo and dapatkan kerja straight away lepas habis blaja, taknak jadi penganggur lama². What happened?? Most of the target berjaya dicapai, alhamdulillah. Dapat kerja la paling seronok walaupun tak sehebat mana dan terpaksa shift. Yang penting ada kerja, boleh berdikari dan tak menganggur lama² macam orang lain, heee...
Seronok woo nak pegang duit gaji sendiri sebab bila da ada duit, baru boleh buat target lain plak, untuk 2011 nak beli kereta baru bila dah kerja, wah cita² kemain tinggi kau! Pastu nak shopping and beli apa yang tak dapat nak beli masa zaman belajar dan pergi travel ngan kengkawan, sangatlah seronok. Tapi in the end, travel x pegi langsung since kerja shift yang xde cuti dan kawan² pun busy dengan life after college. Kereta plak, guna je evo hijau tu, sebab gaji tak besar so rasa macam memang tak mampu sangat nak beli kereta :( Tapi target untuk tukar kereta baru tetap ada dan akan diteruskan, walaupun bertahun² terpaksa menunggu, isk isk ada sapa² nak loan tak?? Bab shopping plak, seriously rasa lagi mewah berbelanja masa zaman skolah dan belajar. Bila dah kerja, saaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaangatlah jarang jejakkan kaki ke mall, sume kerana dek kerja shift. So i start berjinak² dengan online shopping and dah addicted sket. Seriously, rindu nak shopping macam dulu², tak kerja tapi boleh hit the whole mall, masuk each fav butik dan balik dengan tangan penuh with shopping bag, phew best! Where i got those money? Of coz la menabung. I rajin simpan duit sebab ada keinginan/nafsu shopping yang menebal dalam jiwa, so memang rajin simpan duit skolah uolss. Kalau tak cukup, bilang saja sama ayah, "yah, nak duit!" Kalau tak mintak duit pun, mintak la apa i nak, "yah nak tu, yah nak ni". Tapi tak semua dapat okay!!! Just dapat mana yang rasa keperluan dan bukan nafsu, hahaha. Sebab makin kita besar kita makin mengerti nilai sekeping kertas yang bernama wang itu.

So basically target 2011 adalah kumpul duit untuk diri sendiri, beli kereta dan start menabung tuk masa depan termasuk kawen walaupun belum ada bf serta amek insurance. Bila dah masuk kerja, kerja shift pulak so rasa macam, "aku takkan dapat bf la camni, bila masa nak keluar bersosial?" (monolog dlm hati). At the same time, still teruskan menabung tuk kawen sebab macam dah risau, thn depan akan jadi 25, hahaha. Tak sangka, 2011 i telah dirisik dan bertunang oulss, hahaha perkara paling tak jangka sama sekali! Kita merancang, Allah yang tentukan. I met Mior Mohd Syazwan, and now he's my husband :) Masuk 2012, takde letak target apa² sebab memang nak kawen dah pun, hahahahaha lol. Tapi sepanjang 2012, memang macam² yang berlaku on our way untuk bernikah. Dugaan datang bertubi-tubi sehinggalah dah selamat kahwin. Sekarang ni baru stable sket, sket la. Banyak perkara/keinginan terpaksa dikorbankan kerana keadaan dan poket tidak mengizinkan. Kadang² malas nak pikir balik sebab akan rasa sedih tapi bila duduk sorang² mesti akan teringat. So, i try to forget dan membusykan diri dengan masalah kerja, kerja dan kerja. Just go with the flow, kalau ada rezeki adalah, dapatlah apa yang i nak dan yang i patut dapat macam orang lain. 2012 basically a very tough year for me and i had gone through all of it. Bittersweet memory, become history. Goodbye 2012~~~

Now is 2013. Again target for this year, nak dapatkan zuriat and we try harder after this to get child. Then my target is to get our own place for me and husband to stay in, just 2 of us, like other newlyweds. Kalau bukan rumah sendiri pun, at least dapat rumah sewa yang dekat dengan tempat kerja. Nak sangat rumah, sangat sangat! Then, untuk dapatkan better job. I've promised to myself that after kawen nak gigih cari kerja baru and it is still in progress. Hope 2013 will be good to me. Dikurniakan kesihatan, jauhkan dari sebarang penyakit dan bencana. Kalau asik sakit, macam mana i nak kerja dan masak dan jaga suami? Try to be a good leader to my teammates dan harap sangat ada harapan baru pada 2013 ni baik dari segi keluarga, kewangan, kesihatan, perkahwinan mahupun pekerjaan. Ive gone through all the bitter memories last year, hopefully this year gonna be much much better for me and my family. This is my hope, my pray. Dear Allah if you hear me, please pledge my doa. I just want to be happy and live happily with my loved ones, stress free please, hahaha :p

Happy new year, 2013 (^_^)~~~