Monday, 29 July 2013

Monday, 20 May 2013

Wish list . . . tergendala

Dulu ada diary, ape je yang teringin nak buat/wish/impian/azam sume duk letak dalam tu and akan carry forward kalau tahun tu tak tercapai dan akan cuba diacapaikn pada tahun berikutnya Ade certain wish yang dah tercapai, alhamdulillah. Tapi banyak jugak yang masih belom tercapai lagi sampai skang, lama whoa! Ade jugak yang da lupa pun ape yang di wish kan dulu-dulu tu. Rasanya boleh je tercapai sume wish tu, just mungkin belom masa lagi kot or pada keadaan tu ade lagi benda yang lebih penting yang harus didulukan. So, all the wishes kene hold dulu, pendek kata tergendala seketika la. But i do hope that one day, one fine day all my wishes will be granted, insyaallah. I just need to work hard some more, i guess. Well, He knows what best for us! Let's cekidout!

1. nak beli kereta (dulu wish ni nak dicapai lepas da kerja before kawen, tapi apokan dayo gaji ese kocik yo and wish tuk kawen before 25 plak tercapai so tak dapek do nak boli keto, at least local car nak gantikan evo hijau ayah den tu, haha. jadi wish ni harus diteruskan sehinggalah skang and sampai lah satu hari nanti ia tercapai, insyaallah. at least wish ni boleh bagi aku semangat tuk kerja keras lagi if u want to achieve anything u want in life. well im still lucky i guess kete skang ni free je walaupun model sangat lama, at least ade kenderaan nk pegi blk keje, syukur untuk itu)

2. nak pegi travel merata-rata tempat (wish ni aku buat masa study, dengan harapan konon bila da kje da ade duit boleh gi travel seronok-seronok ngan kengkawan kan. tapi nan hado! kerja shift aku skang memang langsung tak mengizinkan + sejak masing-masing dah bekerjaya ni, sebuk manjang. nak lepak minom pun da susah skang. so wish ni dietruskan even da kawen sebab aku pikir, tak dapat gi ngan kawan-kawan, ade husband lagi best sebab da halal kan and sementara masih berdua lagi ni. tapi nan hado jugak...)

3. korea, korea dan korea (sejak dah minat kpop ni, haruslah kan ke korea. ramai kawan-kawan dah jejakkan kaki ke sana berulang kali, aku je ketinggalan zaman lagi ni. cakap je berapi tapi nan hado, isk isk...dulu masa study xde duit nak pegi, puas pujuk ayah and macam nak dapat tapi, senyap macam tu je. bila da kje, sebok plak and shift jadi penghalang. pastu kawan-kawan suruh gi honeymoon ke sana dengan hubby lagi syok, tapi nan hado jugak. but no matter what, i will work for it!! skang ni tahan je la nafsu, mata, telinga bila tau orang lain pegi korea berseronok, huhu)

4. nak beli basikal vintage/klasik (gedik nak beli basikal, da ade kete nak basikal plak. bkan ape, nak gi jalan-jalan/riadah kat taman/gi kedai boleh naik basikal, best ape! plus boleh buat props untuk amek gambar. gambar ape pun xtau, kawen dah, haha...just nak tapi mahal sangat la. takpe, still continue wish ni, no matter what!)

5. buat umrah di usia muda (wish ni rasanya paling bagus kot. sume orang patut ade niat nak gi makkah buat haji, at least gi umrah dulu barulah boleh cite nak travel around the world. jeles jugak tgk ramai yang muda-muda dah jejak kaki ke sana, hopefully one fine day dapat ke sana. preparation rohani dan jasmani kene kuat dulu, banyak prep kene buat, sembahyang pun belom sempurna lagi ni. Insyaallah niat baik Allah akan tolong permudahkan segalanya...now kalau dapat pegi dengan suami lagi rahmat rasanya)

6. 1 designer collection (nak beli at least 1 barang daripada designer collection/branded like coach,ted baker,etc...cth 1 beg coach or jam ted baker ke, kasut gucci. at least 1, as a self reward. all this while, self reward aku adalah poplook. hahaha sian, poplook je mampu, but im happy!)

Saturday, 20 April 2013

Nafaqah

NAFKAH ISTERI DAN IBU-BAPA; MANA YANG DIDAHULUKAN?

Soalan; Akum. Sy ada beberapa soalan.
1. Apakah hukum suami yg selalu mengabaikan nafkah anak isteri kerana mengutamakan keluarganya di kg? - Suami bukanlah anak lelaki sulung @ anak lelaki tunggal.
2. Bolehkah keluarga di kg terutama ibu & ayah meminta duit (terlalu kerap) dari anak lelakinya padahal anak lelakinya jg perlu bertanggungjawab pada anak isteri? - Ayahnya masih berkerja tetap selalu mengalami masalah kewangan.
Syukran jazilan atas jawapan yg diberikan.

Jawapan;

1. Dalam pemberian nafkah, seorang suami hendaklah mendahulukan isteri dan anak-anak dari orang lain (termasuk ibu-bapa). Urutan nafkah adalah seperti berikut;
a) Diri sendiri
b) Isteri
c) Anak
d) Bapa
e) Ibu
f) Cucu
g) Datuk
h) Saudara
i) Ahli-ahli keluarga berikutnya.

Urutan ini adalah berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. yang menegaskan; “Mulailah dengan diri kamu, bersedekahlah kepada diri kamu. Jika ada lebihan, maka untuk isteri kamu. Jika ada lebihan, maka untuk ahli keluarga kamu. Jika ada lebihan lagi, maka untuk begini dan begini; yakni untuk orang di hadapan kamu, di kanan dan kiri kamu” (Riwayat Imam Muslim dan an-Nasai dari Jabir r.a.. al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 46). Berkata Imam an-Nawawi mengulas hadis ini; di antara kesimpulan dari hadis ini ialah; hendaklah pemberian nafkah dimulakan mengikut tertib yang tersebut (dalam hadis). (Syarah Soheh Muslim, juz 7, Kitab az-Zakah, bab al-Ibtida’ Fi an-Nafaqah Bin-Nafsi Tsumma Ahlihi Tsumma al-Qarabah).
 
Perlu disebut juga di sini bahawa nafkah untuk isteri wajib diberikan oleh suami sekalipun isteri kaya dan berada. Suami yang gagal memberi nafkah sewajarnya kepada isterinya -mengikut kemampuannya- ia dianggap berhutang dengan isterinya kecualilah jika isteri menggugurkan haknya dengan kerelaannya sendiri. Begitu juga, isteri boleh menuntut fasakh di atas kegagalan suaminya memberi nafkah.

Adapun nafkah kepada orang lain selain isteri, ia tidak wajib melainkan apabila memenuhi dua syarat;

a) Mereka adalah miskin, tidak memiliki harta dan tidak mempunyai sumber pendapatan. Jika mereka mempunyai harta atau memiliki sumber pendapatan sendiri, tidaklah wajib lagi ia menyara mereka. Namun digalakkan ia meneruskan pemberiannya kepada mereka untuk mengekal kasih sayang dan silaturrahim.

b) Ia mempunyai kemampuan untuk menanggung mereka; sama ada dengan hartanya atau dengan sumber pendapatannya. Kemampuan ini merangkumi kos saraan untuk diri sendiri dan isteri. Jika ada lebihan (setelah ditolak keperluan diri dan isteri), barulah ia wajib menyara ahli-ahli keluarga yang lain.

Merujuk kepada soalan di atas, tidak harus suami mengabaikan nafkah kepada isteri dan anak-anak dengan alasan ingin membantu ibu-bapa di kampung kerana menafkahi isteri dan anak-anak adalah wajib. Jika benar ibu-bapa memerlukan nafkah darinya, ia hendaklah menafkahi mereka tanpa mengabaikan isteri dan anak-anak. Itupun jika ia mampu menampung semua mereka. Jika tidak, hendaklah ia mendahulukan isteri dan anak-anak.

Wallahu a’lam.

Janji Allah



Monday, 15 April 2013

Perangai buruks Mios: #3

Okay, again bila pergi bercuti dia akan buat balik perangai buruk dia tu...tengok sendiri kat bawah ni


                    

See gambar² ni. Cuba tengok betol², ape atas kepala Mios? Bukan topi birthday ye tapi ia adalah mmm, sebenarnya tak tau ape benda tu pun. Macam pamplet yang dibentukkan jadi pentagon/kon. Ni masa kami bercuti di Holliday Villa Cherating. Dan husband dengan relanya gambar dia diambil...in fact die yang suruh i ambil gambar,huhu... Dear kids, look at your father, hmmm...


Hah, ni lagi plak pura² tido. Nampak tak die senyum? hahaha again suruh di snap gambar. 


Hahaha, your father mandi kolam pakai pelampung kanak². Bentuk kereta plak tu, aigooo~~~ Tapi memang muat pun si husband pakai pelampung tu, tengok la badan die yang kecik tu kan. Swimming before leaving, sayangnya mommy xde baju renang yang sesuai. Kalau tak dah lama terjun skali :(


These snap kat Eastern Pavilion, nice place to stay i tell ya! And mommy paksa daddy tuk bergambar dengan bunga, huhu tomeynye dieee...pretty boy ha? :p


Saturday, 23 February 2013

Surah-surah amalan ketika mengandung dan bersalin

Please read and amalkan selalu, insyallah dipermudahkan segalanya...

http://doamommyutkmu.blogspot.com/

http://nurmimy.blogspot.com/2012/01/doa-doa-amalan-ketika-saat-bersalin.html

http://blog.eng.usm.my/myweblog/doacollection/amalan-dan-doa-ketika-mengandung


Thursday, 24 January 2013

My dream about home decor

I've been searching for home decor for quite some time but didn't update in here. Now i feel like want to do so. Basically, i've been searching a decoration for an apartment since after married we might need to stay in a small apartment before we're both get to have/buy our own house. Since this is for an apartment plus hanya duduk rumah sewa, so everything need to be in a small size. Tak boleh beli perabot bulky coz it might looks cramp for a small space. Rumah kecik, sempit, so barang² haruslah yang kecil² dan chomel². Ala² rumah korea and jepun gittew. Ok let's start with a bedroom decoration. I divide it into several categories:


   

Ok, yang kat atas ni dari segi material katil. Kalau ikutkan hati ni, memang sangat suka trend terkini yang kepala katil ade batu² tu (mcm kt rumah iolls), nampak moden and mewah and i suka something yang bling², yang glitter² sbb ade pembalikan cahaya so sangat nampak mewah and cantik di situ. Tapi since baru kawen and duit pun yang hado, plus duduk rumah sewa kecik so xyah la verrrangan nak katil besau camtu deknon. Contoh mcm kt atas ni pun dah okay dah. The above one is eco-friendly bed sbb macam wooden sket kan katil and side table tu, iolls suka! Tengok comforter and bantal², sangat comfy la, mesti tido nyenyak giler, hewhew...The below side is made from metal, i guess. It's a modern minimalistic with cool design. Simple je kan tapi meletop uolls, sangat kemas! Tapi katil jenis ni mcm sesuai tuk org bujang esp boys sbb metal kan and design pun sangat straight. Tapi boleh je for newlyweds, yang penting tilam empuk ye, tak vono goodnyte pun okay, hahaha :)

   

Yang ni plak jatuh pada kategori warna. Pemilihan warna sangat penting untuk menampakkan isi ruang yang kecil tu tampak luas + lighting juga penting ye kawan². I think about a white mattress macam kebanyakan bilik tidur org putih tu, nampak sangat lembut and best je tilam² dorg tu kan. So cadar putih as a base and selimut,cusion and sarung bantal kene guna warna lain. Mcm contoh gambar kat atas ni, cantik sangat. Very cheerful and colorful. Barulah bagi mood sket dalam bilik tidur tu. Plus, kalau guna base color bilik putih, senang nak match. Warna cadar and aksesori boleh tukar². Contoh, bulan ni warna cadar and cusion tema biru, next month tukar la cadar warna hijau plak. Ha, barulah tak bosan. Bilik tidur kan tempat kita beradu dan memadu asmara, so kenalah kemas,wangi,bersih dan cantik!

Green Apartment Bedroom Decorating Ideas for the Apartment Bedroom   Glamour Apartment Bedroom Design Decorating Ideas for the Apartment Bedroom

Simple adalah kunci utama untuk menatarias ruang aprtment yang kecil. So, decor bilik macam ni sangat sesuai selain kemas dan tidak banyak gunakan perabot. Warna pun sweet je, tenang. Yang penting tengok gambar atas tu, gebu giler tilam, kalau loncat pun tak lantun balik, bestnye tidooooo. Again, bedsheet putih uolls, mmmph...Yang belah bawah plak nampak mewah sket tapi tidak keterlaluan coz dia dah guna rich walpaper, so katil and side table simple je and very matching, dah nampak mewah da bilik tu. I like!

bedroom apartment decorating ideas modern home decoration ideas 554x415 Apartment Bedroom Decorating Ideas

Last but not least, decor bilik macam ni sangat menjimatkan ruang dan ternyata bijak menggunkan sepenuhnya ruang bilik yang ada. Macam bilik my parent, buat build in kabinet macam ni sbb bilik kecik,panjang and rendah. Tapi since ini untuk stay kt rumah sewa, so xyah la kot buat style ni. Kalau tumah sindri nanti, baru boleh apply. Tapi yang penting kemas ye kawan², biar ruang kecik janji cantik and kemas. Tengok gambar atas ni, rasa macam nak lepak kat bilik tak nak keluar², teratur je. What important for me is the closet/wardrobe. It has to be huge,large and spacious because i have a lot of stuffs to be put in! No seriously, almari memang kena besar and tinggi and luas. Selain simpan baju² sendiri, almari pun tempat sumbat cadar,langsir,towel,lapik² meja,sarung cusion,selimut and benda² yang tebal² tu la. So almari kenalah besar, katil kalau cukup² 2 orang or normal size tu pun dah ok. Tapi uolls perasan x? Most of the katil position dalam gambar² kat atas ni berada di tengah²,kan kan kan? Kebanyakan posisi katil di malaysia adalah rapat ke dinding samada tepi tingkap atau tidak tapi memang kebanyakannya rapat ke dinding. Susahla nak jumpa rumah yang dekor bilik katil di tengah². Sebab kebanyakan bilik panjang dan tak lebar so haruslah katil rapat ke dinding. Iolls tak suka katil rapat ke dinding sebab susah nak pasang cadar and nak kemas katil bila cadar komot. Tak suka sebab sempit ruang tepi kat dinding tu, tak suka betol. Kalau dapat katil center memang best!

Next part is dining plak. Kebanyakan apartment, mempunyai hall yang panjang dan ianya bersambung dengan ruang makan. Jadi sekali lagi, meja makan paling max pun belilah untuk 6 org, jangan mengada nak beli tuk 8 orang. Ramai sangat ke ahli rumah tu? Anak pun takde lagi. Jadi, mari lihat dining pilihan iolls:

  

Hah, nampak tak? Kerusi kaca ye, ingat kasut cinderella je ke berkaca, kerusi iolls pin kaca hokay! Haha, this is a transparent chair but sangat mahal harganya. Kat sini yang ada jual tak silap fella design and SSF home decor. Ikea and tempat lain tak sure. Ni pun tau dari blog b2b sebab bride tuk dok mencari kerusi transparent tuk dijadikan decor dlm bilik pengantin. See, again warnanya yang macam membalikkan cahaya, see through so memberi ruang lebih luas. Yet design simple je, sangat suka! Kalau kene pantulan cahaya, sure meghelip, oh iolls suka bling².

  White Dining Room Furniture, Modern and Simple   Chandelier - Mix-and-match dining chairs below an oversize chandelier

Ini namanya konsep mix and match. Konsep sepah² sukahatikau. Kalau orang datang rumah, sure dorang ingat iolls ni miskin x cukup duit nak bli all sets of dining table. Sebabya kerusi lain², x sama antara satu sama lain, cacamarba. Macam kerusi yang orang bagi so buat kerusi makan, heh. Tapi, inilah namanya seni. Cantik kot, lain daripada yang lain and kalau kena cara and gaya, sure orang tengok akan suka and kata unik. Sangat cute kan? barulah kena dengan tema ala² korea and japan, hahahaah.... I ada pernah tengok this one table decor for a wedding and its a vintage theme. Dorang buat macam ni jugakla. Kerusi lain² dsign, lain material and lain warna tapi sangat cantik,unik,vintage and wallah superb! Sometimes untuk nampak lain, kita kenala berani cuba sesuatu yang lain dari kebiasaan tapi bukanlah sampai jadi pelik sangat. Contoh macam kat atas ni la. Orang tengok mungkin nampak pelik sebab x seragam tapi bila 2x tengok, orang akan kata kita creative sebab dah create satu dekorasi yang unik dan lain dari yang lain. Ape² pun, haruslah kena gaya and caranya, barulah nampak cantik, x gittew? :)

  

Vintage vintage vintage! English english english! Hohoho sangat suka ini style. Vintage and english style. Tapi sebenarnya, iolls tak berapa berkenan dengan perabot kayu sebab berat tapi memang tahan lama berkurun berabad kalau beli kayu, tak rugi pun. I just dun like kayu sebab berat la. Lagi² kalau yang berukir dan berkerawang, woooo xleh belah, macam orang tua punya style. Tapi these style i like, vinatge and sexy, haha...Kalau buat girls party sure chomel, ahakz!

Simple Dining Table – Interior Apartment in Moscow by Alexey Nikolashin  

Lastly, kalau dapat yang macam ni pun da syukur sangat. Design very clean and simple yet sangat moden and stylish. Sesuai untuk ruang yang kecik.

Now we move on to next part which tempat yang iolls tak berupa suka nak pegi tapi i think i spend a lot of time in there, it's kitchen! If u ask me, I would rather renovate my room and kitchen compared to other part of my house. Or at least kalau ade duit lebih, nak renovate dapur dulu berbanding tambah porch. Sebab dapur and bilik tidur penting, kalau dapat yang luas ya Allah sangatlah heaven! Tapi kebanyakan dapur apartment memang kecik² belaka. Kadang² xde pemisah pun antara ruang dapur dan ruang utama, pastu open. Malulah nak masak oi. Iolls xleh masak la kalau orang dok tengok². Langsung x jadi kerja. In fact, dapur kena luar sebab ia salah satu tempat yang tinggi berlakunya kemalngan. Yelah, dengan barang letrik nye,peti ais,oven,dapur,pinggan mangkuk and pisau sume, haruslah punya ruang yang luas. Nak memasak katakan, nak membasuh kena la ade ruang tuk buat kerja² tu. Tapi redha je la, kebanyakan dapur kat malaysia ni sumenye kecik kemain and orang selalu akan renovate dapur. Biasanya porch and dapur, mesti nak besarkan dapur. Dapur penting walaupun iolls x pandai masak. So, let's cekidout dapur pilihan iolls, haruslah kemas okay walaupun sempit:

minimalist kitchen decor layouts   Colourful Linnstaden Apartment Kitchen Decoration listed in:

Alahai tomey tomey dapur ni. So colorful,cheerful,membangkitkan mood untuk memasak je, huhu...Tapi kan, cuba tengok betol², cara dia susun piggan mangkuk tu kat rak tinggi², macam mana nak capai oi? Iolls ni sangatlah careless and pegang ape je mesti jatuh and pecah, jatuh pecah, tu la keje dari dulu. Tak sah kalau tak jatuh barang kat tangan. Ni kan pulak nak letak barang tinggi², kaca plak tu, memang tak la. Tapi terpaksa kot buat rak macam tu sebab ruang takde and takleh nak buat kabinet banyak² untuk simpan barang, hmmm... Lagi satu yang penting kat dapur harus ada, mmm so called mini bar. Ala meja kecik tu. Tuk kerja² memotong sangatlah berguna sebab perlukan ruang/table. And lepas masak, boleh guna as a table for breakfast coz ada bench skali. Apa² pun, design kat atas ni cantik and menarik. Kalau mat salleh, mesti ada periuk tutup merah macam and pokok hiasan hijau tu kan? Nak beli jugak lah satu,heee :)

   Kitchen-Cozy-And-Simple-Apartment-Decor (2)

Ha, ini design iolls suka. Sangat moden and cozy. Simple je and memang dapur apartment pun. Tapi kecik la kan, xde ruang nak memotong,menyiang ikan sume...putih kotor la,hewhewhew...tapi design memang cantik, suka²!

2010/10/Cute,Apartment,Modern,Kitchen,Design,Ideas   

Tak dapat bayangkan kalau rumah iolls nanti dapurnya sebesar ini je? macam size toilet. Aduh camana nak masak ni? Ni takat masak air guna cerek letrik,masak maggie,rebus telor boleh la. Nak masak hebat² macam kukus ikan ke,bakar kek ke,nak masak ketam ke,mau recah dapur iolls nanti. Sempit giler kot yang gambar kiri tu, aduh. Memang halau la orang lain dari membantu di dapur, silap haribulan, berlanggar bahu. Yang kanan ni lagi la, da la open, ruang kecik, habis berbau satu rumah nanti, adoiyai!

Hmmm,ape² pun, realitinya rumah xde lagi oi. SO verrrangan je la dulu nak decor rumah sindri ye. Kumpulkan idea, simpan. Dapat rumah nanti, hiaslah camana kau nak hias deknon!

Chiao... :)