Sunday, 16 December 2012

Love and appreciate our love ones

My friend once told me that "kawen ni try & error je sebenarnya"..erk? Apa maksud die? Kahwin try & error?? Giler ke? Kalau fail, pisah? Camtu je? Huk aloh x paham gue. Da kawen masih nak cuba² lagi ke? Mana boleh berpatah balik, dah kene ikat. Kalau fail, that's it la, camtu? Marriage is a journey. Umpama pelayaran kapal besar Titanic yang mengelilingi dunia merentasi lautan yang berombak dan penuh badai. Captain kapal/nakhoda mestila suami, isteri ni ibarat ape ye? Co-pilot la, kelasi kapal plak anak². So, tugas nakhoda adalah memastikan keselamatan kapal dan anak² kapal agar mereka semua selamat tiba di destinasi yang dituju walau apa jua dugaan dan rintangan yang mereka tempuhi di tengah lautan. Tak kira la lanun ke, ombak besar ke, taufan ke, angin lintang ke, jerung ke, even iceberg sekalipun, nakhoda harus cekap memainkan peranan. Bukan senang nak kendalikan kapal mewah seperti Titanic tu, walaupun cukup canggih serba serbi tetapi kuasa Allah, tak siapa boleh sangkal. Tetapi sebagai manusia, memang tak terlepas dari ujian dan dugaan cuma bagaimana bijaknya seseorang untuk mengatasi dan harus merujuk Allah yang satu memohon pertolongan. Allah tidak akan menduga hambanya jika dia tidak mampu, Allah menguji sesuai dengan kemampuan diri masing². 

There is saying that "kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai". Ada orang sampai tak nak kawen sebab takut bercerai-berai. Tapi, perkahwinan lah sangat dituntut dalam islam dan banyak pintu rezeki akan terbuka bila berkahwin selain menjamin kelangsungan ummah di muka bumi ni. Tidak bau syurga kan kalau x berkahwin? Eh, yeke? Suka hati aku je, tapi rugi besar kalau tak berkahwin kerana banyak hikmah dalam sesebuah perkahwinan yang Allah telah janjikan pada kita. Jadi, berkahwinlah. Untuk menyintai dan dicintai, secara halal maka perkahwinanlah jalan terbaik untuk mengelakkan zina. Matlamat perkahwinan bukan untuk bercerai-berai, jika perkahwinan tanpa matlamat yang jelas maka inilah yang terjadi. Kawen sehari dua, bercerai. Masalah tak pernah kurang malah makin bertambah. Restu keluarga juga penting untuk menjamin keharmonian kelak. Ingatlah, perkara halal yang Allah paling benci adalah talak! 
Manusia sekarang, masa bercinta hanya nak tunjuk yang baik² dan indah belaka. Bila da kawen, baru keluar tru color, so inilah silapnya. Bagi yang bercinta bertahun lamanya, tapi kawen hanya seminggu dan bercerai, apa silapnya? Tak bermakna bercinta bertahun kita sudah faham dan masak perangai pasangan sepenuhnya. itu semua dusta belaka kerana kita tidak menjadi diri sendiri ketika kita bercinta dan kita hanya memberi omong kosong. Kerana akar 'tipu' telah dibina dari awal percintaan dan bertahun lamanya, maka kawen bertahan seminggu kerana belang sebenar sudah keluar. Lebih elok jika ketika bercinta dan berkawan kita tunjukkan saja perangai sebenar siapa kita supaya pasangan mengenali kita, dan kalau pada masa tu rasa x serasi, kita boleh tinggalkan dia. Kalu tipu, memang semua orang nak la kan, cantik belaka perangai. In fact, kata nak dia kenal kita, kenapa mesti jadi orang lain untuk pancing si dia supaya terpikat dengan kita? Kan ke berpura-pura. Biar dia tahu siapa kita sebenar, perangai buruk dan baik kita tunjukkan je semua. Kerana masa berkawan ni la kita menilai pasangan samada boleh teruskan hubungan atau tidak. Kerana telah berkahwin pun kita harus lebih mengenali pasangan sebab apa yang ditunjukkan masa dulu tidak akan sama sebab kita tidak berkongsi hidup dengan dia lagi. At least bila berkawan jadi diri sebenar, kita sudah punya base yang kukuh sebagai bekal bila berkahwin, so tak lah terkejut sangat bila kawen nti. 

Gosh, merepek ape ni oi?? Setiap hari adalah proses belajar bagi kita semua. Da kawen pun, aku kne belajar lagi sesuaikan diri sebagai isteri orang, menantu, dsb. tapi, takkan dah bertahun kawen pun msh nak belajar kot? permulaan perkahwinan ye, belajar jadi isteri, belajar jadi ibu, belajar mengenali suami dan belajar perbaiki diri. Actually, tiap² hari kita kene ada azam pendek iaitu untuk perbaiki diri dan belajar benda baru dan beri impak posotif pada orang sekeliling. So, my learning process will never stop. Masih belajar apa kesukaan suami walaupun dia orang yang sangat tidak kesah dalam segala hal (credit di situ =>)
Pe'el/perangai dia dah mula faham sket² tapi what i can say is, pelik! Kadang² macam tak boleh terima tapi itulah die, nak marah pun, dia dah biasa buat macam tu agaknye, so...biarlah dan layan kan je. Harus sentiasa ingatkan diri yang kita tak boleh suruh orang ikut cara kita, tapi kalau cara kita tu lbh effective, menyenangkan, mudah untuk semua apa salahnye kan kita suruh die buat cara kita tu, die jugak senang. 

To be honest, tak rasa macam dah jadi isteri orang la. macam mimpi je semua ni, tak percaya sungguh tapi ni la hakikat and so far rasanya dah jalankan tanggungjawab isteri kot,heee. Masak dah, basuh baju, bla bla bla...tapi tu sbenarnye tanggungjawab bersama, haha. Lagi best and rasa diri ni isteri bila da pindah duduk berdua di rumah sendiri kot, nak rasa berdikari dengan suami. Baru la feel newly weds, ni tak rasa pun (ke alasan semata?) Sabar, rezeki belum memihak. Harap 2013 dan tahun hijrah 1434 baru ni, beri peluang untuk kami suami isteri perbaiki diri dan memajukan diri untuk masa depan keluarga yang baru dibina. Harap rezeki terbuka luas buat kami, harap apa yang diimpi dan dihajati tercapai dan harap 2013/1434H beri lembaran baru kepada kehidupan kami suami isteri. Mahu mulakan hidup baru dengan suami yang baru dikahwini, aman damai dan penuh kasih sayang, menjadi isteri solehah lagi terpuji dan isteri yang membanggakan suaminya dan ibu yang loving kepada anak² kelak, insyaallah =) 

Last but not least, hayatilah wahai suamiku, bait² lagu dari Anuar Zain, ajari aku...(tajuk kali ni mcm tak kene dgn entry je). Love u, muahx!

Ajari aku tuk bisa
Menjadi yang engkau cinta
Agar ku bisa memiliki rasa
Yang luar biasa untukku dan untukmu
Ku harap engkau mengerti

Akan semua yang ku pinta
Karna kau cahaya hidupku malamku
Tuk terangi jalan ku yang berliku
Hanya engkau yang bisa
Hanya engkau yang tahu
Hanya engkau yang mengerti
Semua inginku
Mungkinkah semua akan terjadi pada diriku
Hanya engkau yang bisa mencintaiku

Hanya engkau yang bisa
Hanya engkau yang tahu
Hanya engkau yang mengerti
Semua inginku



2 comments:

  1. Amin. Love you. Apa yg try & error nya? Tak jawab pun sbnr nya.

    ReplyDelete
  2. i pun x faham sayang, orang yang kata, bkn i kata so i x faham...mcm xleh terima je kawen try & error

    ReplyDelete