Alhamdulillah dah masuk tahun baru, tapi sambut tahun baru dengan keadaan kesihatan yang tak mengizinkan dan dah dpt pun MC untuk tahun baru, isk isk...Lately ni memang asik tak sehat je, hmm nak kata bawak budak tak pun :(
Well, many of us have made their new year resolution. Mine? Malas nak buat azam² ni sebab tak yakin boleh dilaksanakan. Tapi tiap² hari memang berazam untuk buat/jadi yang lebih baik dari semalam dan sentiasa buat/beri perkara² positif kepada orang sekeliling. That is what we call a short term resolution. Tahun lepas, perkara paling besar yang berlaku dalam hidup adalah kahwin! Ye kawen, dah selamat kawen pun, alhamulillah :) Kahwin tu pun sebenarnya azam tapi bukan azam 2012, juat azam/target yang diletakkan/disebut² masa muda² dulu. Letak target nak kawen paling ideal umur 25 and alhamdulillah tak sangka jodoh sampai umur 25, ngeeee. Kalau letak target kawen, biasanya memang akan tersasar sbb jodoh ni kerja tuhan, so xleh nak ramal bila. Tak nak guna perkataan 'azam', lebih suka guna 'target'. Dulu masa belajar, rasanya tahun 2010 kot, suka tulis diary and muka surat depan mesti letak target untuk tahun tu. Masa tu tahun terakhir belajar so letak target nak tamatkan study and tak nak extend, pastu leh konvo and dapatkan kerja straight away lepas habis blaja, taknak jadi penganggur lama². What happened?? Most of the target berjaya dicapai, alhamdulillah. Dapat kerja la paling seronok walaupun tak sehebat mana dan terpaksa shift. Yang penting ada kerja, boleh berdikari dan tak menganggur lama² macam orang lain, heee...
Seronok woo nak pegang duit gaji sendiri sebab bila da ada duit, baru boleh buat target lain plak, untuk 2011 nak beli kereta baru bila dah kerja, wah cita² kemain tinggi kau! Pastu nak shopping and beli apa yang tak dapat nak beli masa zaman belajar dan pergi travel ngan kengkawan, sangatlah seronok. Tapi in the end, travel x pegi langsung since kerja shift yang xde cuti dan kawan² pun busy dengan life after college. Kereta plak, guna je evo hijau tu, sebab gaji tak besar so rasa macam memang tak mampu sangat nak beli kereta :( Tapi target untuk tukar kereta baru tetap ada dan akan diteruskan, walaupun bertahun² terpaksa menunggu, isk isk ada sapa² nak loan tak?? Bab shopping plak, seriously rasa lagi mewah berbelanja masa zaman skolah dan belajar. Bila dah kerja, saaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaangatlah jarang jejakkan kaki ke mall, sume kerana dek kerja shift. So i start berjinak² dengan online shopping and dah addicted sket. Seriously, rindu nak shopping macam dulu², tak kerja tapi boleh hit the whole mall, masuk each fav butik dan balik dengan tangan penuh with shopping bag, phew best! Where i got those money? Of coz la menabung. I rajin simpan duit sebab ada keinginan/nafsu shopping yang menebal dalam jiwa, so memang rajin simpan duit skolah uolss. Kalau tak cukup, bilang saja sama ayah, "yah, nak duit!" Kalau tak mintak duit pun, mintak la apa i nak, "yah nak tu, yah nak ni". Tapi tak semua dapat okay!!! Just dapat mana yang rasa keperluan dan bukan nafsu, hahaha. Sebab makin kita besar kita makin mengerti nilai sekeping kertas yang bernama wang itu.
So basically target 2011 adalah kumpul duit untuk diri sendiri, beli kereta dan start menabung tuk masa depan termasuk kawen walaupun belum ada bf serta amek insurance. Bila dah masuk kerja, kerja shift pulak so rasa macam, "aku takkan dapat bf la camni, bila masa nak keluar bersosial?" (monolog dlm hati). At the same time, still teruskan menabung tuk kawen sebab macam dah risau, thn depan akan jadi 25, hahaha. Tak sangka, 2011 i telah dirisik dan bertunang oulss, hahaha perkara paling tak jangka sama sekali! Kita merancang, Allah yang tentukan. I met Mior Mohd Syazwan, and now he's my husband :) Masuk 2012, takde letak target apa² sebab memang nak kawen dah pun, hahahahaha lol. Tapi sepanjang 2012, memang macam² yang berlaku on our way untuk bernikah. Dugaan datang bertubi-tubi sehinggalah dah selamat kahwin. Sekarang ni baru stable sket, sket la. Banyak perkara/keinginan terpaksa dikorbankan kerana keadaan dan poket tidak mengizinkan. Kadang² malas nak pikir balik sebab akan rasa sedih tapi bila duduk sorang² mesti akan teringat. So, i try to forget dan membusykan diri dengan masalah kerja, kerja dan kerja. Just go with the flow, kalau ada rezeki adalah, dapatlah apa yang i nak dan yang i patut dapat macam orang lain. 2012 basically a very tough year for me and i had gone through all of it. Bittersweet memory, become history. Goodbye 2012~~~
Now is 2013. Again target for this year, nak dapatkan zuriat and we try harder after this to get child. Then my target is to get our own place for me and husband to stay in, just 2 of us, like other newlyweds. Kalau bukan rumah sendiri pun, at least dapat rumah sewa yang dekat dengan tempat kerja. Nak sangat rumah, sangat sangat! Then, untuk dapatkan better job. I've promised to myself that after kawen nak gigih cari kerja baru and it is still in progress. Hope 2013 will be good to me. Dikurniakan kesihatan, jauhkan dari sebarang penyakit dan bencana. Kalau asik sakit, macam mana i nak kerja dan masak dan jaga suami? Try to be a good leader to my teammates dan harap sangat ada harapan baru pada 2013 ni baik dari segi keluarga, kewangan, kesihatan, perkahwinan mahupun pekerjaan. Ive gone through all the bitter memories last year, hopefully this year gonna be much much better for me and my family. This is my hope, my pray. Dear Allah if you hear me, please pledge my doa. I just want to be happy and live happily with my loved ones, stress free please, hahaha :p
Happy new year, 2013 (^_^)~~~
No comments:
Post a Comment