Tuesday 29 May 2012

Needs or desires?

"Whatever heart desire,i get it myself". Ada orang boleh cakap macam tu atas hasil usaha sendiri tanpa meminta daripada orang lain. Bermakna orang tu berkemampuan untuk merealisasikan keinginan hati sendiri,tak payah nak mintak² kat orang lain (parents,adik beradik,bf,suami) bila inginkan sesuatu. This is good coz tak susahkan orang lain dan menunjukkan dia seorang yang bekerja keras serta independent,tidak terlalu bergantung pada orang. Orang macam ni boleh dibahagi kepada 2 kategori, 1 yang datang dari keluarga miskin/biasa² tapi dia mampu miliki segala keinginan hati atas hasil usaha sendiri,mungkin kerana dia mempunyai pekerjaan yang bagus dan gaji riban². So takde hal la. Lagi satu kategori plak, yang datang daripada family background yang kaya raya dan berjaya tetapi dia tidak suka mengambil kesempatan atas kekayaan keluarga terutama parents. Apa yang dia inginkan,dia akan dapatkan sendiri,dengan wang sendri. Both kategori consider bagus! Ada orang plak memang tak mampu nak beli sendiri tapi dia tetap dapat segala keinginan hati kerana ada orang lain yang memberi (parents,adik beradik,bf,suami). Bertuah badan la kalau macam ni kan,tapi dia akan end up jadi spoiled brat one day. Hidup senang dan dapat apa yang dihajati kerana orang lain. Memang sangat bertuah, nak apa je mintak, ada orang yang akan tunaikan dan terus dapat. Seronok,sangat seronok. Tak payah bersusah payah macam sesetengah orang yang terpaksa bekerja keras,ikat perut kadang² ataupun hanya mampu memejam mata,menahan nafsu dan langsung melupakan hasrat untuk memiliki sesuatu yang dihajati itu. Satu lagi plak orang yang datang dari background family sederhana/tidak mampu dan dirinya juga tidak lah bernasib baik dengan kerjaya yang bagus atau berpelajaran tinggi. So kes ni sangatlah kesian. Nak sesuatu,mintak orang tak dapat. Nak beli sendiri pun tak mampu jugak,so pendamkan saja hasrat tu jauh² dari kotak fikiran dan lubuk hati. Persoalannya, sesuatu itu adakah ia hanya keinginan hati atau keperluan hidup? Kalau keperluan hidup pun tak dapat nak diadakan, apa lagi keinginan hati.

Dalam dunia ni tak semua orang memiliki tuah dan tak siapa tahu akan tuahnya sendiri. Kita sering berkata "bertuahnya orang tu", "bertuahnya kau dapat bla bla bla...", etc. Apa diri kita ni tak cukup bertuah ke? Atau memang tuah tidak langsung memihak pada kita? Ada ke cara nak bagi diri kita sentiasa bertuah atau cara supaya tuah sentiasa bersama kita? I wish! Bila kita asik cakap "bertuahnya orang tu dapat bla bla bla...", bunyi macam kita tak bersyukur dengan apa yang kita ada. Orang lain mungkin boleh cakap, "alah,dah rezeki dia,kita sabar je la. Mana tau esok² rezeki kita plak". Senang bagi mereka yang bertuah cakap macam tu tapi tidak bagi yang tak bertuah. Mana tak nya asik cakap, "bertuahnya orang tu...", setiap kali setiap masa dan sentiasa je kita tengok dia dapat apa yang dia nak,memang bertuah la. Apa lebihnya dia dan apa kurangnya kita? Apa specialnye dia berbanding kita? kenapa asik dia je yang dapat dan bukan kita? Hmmm,macam² persoalan. I also have the same problem. I feel like im not lucky like many other people out there and always pity myself.

Susah nak dapat seperti yang dihajati,yang dinginkan,yang diidamkan. Of coz sebab inilah reality kehidupan,bukan cerita dongeng barbie atau cinderella. Kalau sesuatu keinginan tu tak dapat dipenuhi kerana ada perkara lain yang menghalang satu hal la jugak, tapi kadang² terpaksa mengalah dengan orang lain lalu hasrat dan keinginan kita sekali lagi tidak menjadi nyata, sedih betol! lagi² keinginan tu adalah sesuatu yang cukup indah dalam hidup kita,sesuatu yang ingin diabadikan selamanya,perkara yang berlaku sekali seumur hidup,pada hari bersejarah. It's our desire,nak ia menjadi kenyataan tapi kerana orang lain kita korbankan. Bak kata,telan mati mak,luah mati bapak. Oh tak suka nya kalau berada dalam keadaan tersepit macam tu,tolonglah tak nak. Keinginan tu hanya nafsu semata,yeke nafsu? Tak boleh ke kalau kita nak ada keinginan,impian? Kalau orang lain boleh dapat segala keinginan kenapa kita tak boleh? Of coz keperluan lebih penting daripada keinginan,tapi............................................................................................................
Takkan selamanya nak terlopong menganga tengok orang lain boleh dapat apa yang yang diingini? It's totally unfair! i'm also human being, punya hati dan perasaan. Takkan selamnya nak ada perasaan cemburu terhadap kegembiraan orang lain? oh tidak! Aku berhak mendapatkannya,tapi.............................................

Kesabaran,kekuatan mental dan akal yang waras tanpa dibendung oleh nafsu je yang boleh kawal dan tepis segala keinginan/desire yang merepek dan merapu tu. What,merepek?merapu? Hello aku pun nak jugak,tak boleh ke? Tak kira nak jugak,tapi................................................................................................................
(T_T)