Monday 22 October 2012

Untuk renungan bersama


DERHAKA CARA HALUS

Berkahwin bukan sekadar mendirikan rumahtangga bagi menghindar maksiat. Berkahwinlah bila anda benar2 bersedia.
BENAR-BENAR BERSEDIA.

Sedar atau tidak apabila berkahwin dan berkeluarga, ada penderhakaan gaya halus anda lakukan. Bukan kepada pasangan, maklumlah baru kahwin, masih hangat bahang cinta. Tetapi kepada ibubapa. Yang cakap lancang, kita nampak tutur katanya seolah2 derhaka kepada ibubapa. Tapi penderhakaan gaya halus? Ini yg kita perlu kupas...

1) Sudah berkahwin tapi masih tinggal di rumah ibubapa. Kononnya tak cukup budget nak sewa rumah sendiri. Takpe, tak salah. Tapi boleh pulak beli kereta baru, bayar bulan² RM700-800? Menumpang di rumah mak bapak tak boleh pulak hulur? Bukan kata 700, 200 pun susah nak bagi. Kalau tak dapat nak beli rumah, tak cukup budget sewa rumah besar, sewalah apartment. Jangan jadikan alasan utk menumpang, sdgkn duit gaji hanya untuk penuhi kehendak sendiri. Tak berkat!

2) dah beranak pula, baby mak jaga. anak nak pegi sekolah pun mak siapkan. bukan je anak2, si pasangan tu pun apa kurangnya, makan pagi, tengahari, malam semua mak yg siapkan. Balik kerja takde makanan atas meja, atau makanan tak sedap mulalah melenting tak tentu hala. Apa kau ingat mak kau bibik??? Org tua tu dah penat cari kerja dari kau lahir sampai umur dia 55 tahun. Tak kesian ke? Mak dah umur 55tahun masa untuk dia berehat...bukan basuh berak anak kamu.

3) sebulan sekali bawalah mak bapak shopping/makan², apa salahnya. Takpun belikan hadiah. Mereka tak minta semua tu. Tapi sebagai anak, kita beri sbg tanda ingatan ikhlas mereka jaga kita selama ni. Igt senang ke? Tahukah anda, belanja purata menyara hidup seorang anak bagi keluarga berpendapatan sederhana adalah 20 RIBU RINGGIT setahun! Ye, 20thousands a year per child. So, sehingga anda dpt kerja umur 25tahun, bygkanlah purata belanja ke atas anda seorang sahaja adalah 500ribu. Ye.. SETENGAH JUTA! Itu seorang anak, bayangkan kalau anak ramai. Tak percaya? Kiralah dari sekecil2 minta duit kat mak nak beli gula2, duit belanja pegi sekolah seringgit dua sehari, nak baju raya, nak baju jalan, makan minum, duit bila demam sakit,duit pelajaran, semua lah! Sampai umur anda dpt pekerjaan. Jadi, bila dah kerja ini masanya kita balas jasa!

4) apapun yang duduk sendiri pula, tak terkecuali derhaka secara halus. syok sgt bercinta dgn husband sampai lupa telefon dan jenguk mak ayah. Jangan ye. Jangan derhaka.

Jadikan ini sebagai renungan:--
Balas jasa ibubapa, gembirakan hati mereka sementara mereka masih ada. Jangan biar mereka menangis berduka. Biarlah orang tua kita berehat setelah 50tahun hidup mereka mengabdi diri hanya untuk menyara kita dan lihat kita berjaya. Mereka tak minta dibalas jasa, tapi sebagai anak kita harus ingat mereka yang melahirkan, membesarkan dan berbelanja untuk kita hidup selama ini. Jangan tunggu sehingga mereka sakit. Bila mereka sudah tiada, kelak kita akan menyesal sendiri,tak sempat balas jasa ibubapa.
Renungkanlah...


Sumber: blog

No comments:

Post a Comment